Thursday, March 24, 2011

MISI MENCARI INAI

Assalamualaikum..

Korang tau tak inai jenis apa yang cantik dan merah bila dipakai?
Dah puas mneservei dalam tenet ni tapi nyatanya hampass...aku tak dapat cari brand ape yang paling best dan yang penting kalernya dapat memuaskan hati semue pihak..

Hasil survey yang aku buat secara sambilan waktu kerja ni lah die yang banyak aku jumpe...Inai Rani..paling famous sekali dok bertempek dalam gambar-gambar pakcik Google.


Tak tahula inai ni sesuai ke tak dengan jari-jemariku ini tapi rata-rata memberi komen yang positif..Hmm atau mungkinkah aku akan berpaling kepada inai daun yang memerlukan sedikit usaha untuk menumbuk itu??


Ohh apakah yang aku cari sebenarnya aku pun tak tau di saat kepala tengah sarat dengan macam-macam benda..Mana nak pikir pasal kerja, hal kawin, ditambah pula dengan batuk dan demam...Ahhh..Sabarrr...Ini semua ujian untuk menguji kesabaran ..

Untuk meredakan sedikit kesakitan ni, aku nak share serba sedikit gambar corak inai yang simple tapi cantik di mataku..


i adore this one!!Very nice...heeee....

Cantiknya yang Ayu raudhah punya tu..terjatuh hati pulak dan terasa untuk copy paste aje coraknya itu hehee..Ok mau balik sekarang..malam ini ada projek DIY untuk kasut bertandangku weeee....tak sabar mau beronok-ronok dengan beads itu...

Monday, March 14, 2011

Dag Dig Dug

Assalamualaikum...

Selamat sudah si Nina & shirley menjadi puan..Sangat pantas masa berlalu ok..meh kita layan gambar dorang yang sangat gorges itu..
Shirley+hubby & parents.

Nina & Acu...Gojes sgt:)


Cube teka mana satukah saya??tak kenal maka tak jumpa hahaha...

Oohhh apekah kena-mengena dengan gambar yang lain?

Ok sekarang aku sudah merasakan debarannya...
Dagdigdugdagdigdug...

Ok sekian...

Thursday, March 10, 2011

My best fren wedding

Assalamualaikum..

Hai uols..

Hari ini Nina, my ofismate aka bff(best fren forever)akan melangsungkan majlis pernikahannya selepas waktu Asar di Cheras..Happy sangat-sangat tapi rasa macam berdebar pulak seolah-seolah macam aku yang akan bernikah huahuahua...

Rasa tak sabar nak tengok kecantikan beliau yang dah sememangnya cantik macam anak mat saleh ok..Congrats dearie Nina semoga semuanya berjalan lancar dan selamat menempuh alam perkahwinan..Tak sabar nak tunggu habis kerja jam 6 ini dan terus chow ke rumahnya..Esok pula akan berlangsung majlis resepsinya di Bukit Cheras..

Dan seorang lagi sahabat baik di company lamaku(AirAsia)akan melansungkan pernikahannya pada tengahari besok..Shirley...tunggu orang ok!!Sangat excited untuk ke majlisnya esok sebab tak sabar rasanya nak pakai baju kebaya hijau yang dihadiahkan nya dulu..Aku simpan baju itu selama hampir setahun semata-mata untuk dipakai pada hari persandingannya...Congrats dear..Semoga berbahagia sampai akhir nanti.Sayang u banyak-banyak..

Selepas ni giliran aku pulak untuk join kelab korang hahaha...Kena ubah sikap yang masih pra-matang ini..hihihi...Korang pon sama ok:P

Selamat Pengantin Baru Nina & Acu dan Shirley & Faizal...
Sayang korang sangat-sangat...

Huuuuu.. nak nangis bawah meja kejap...Sob sobs...

Tuesday, March 8, 2011

Honeymoon Part 2

Assalamualaikum..

Indah sungguh pagi ni kan..hmmm(Tetibe)
Ok baiklah pada hari yang indah ini aku taknak berceloteh banyak..Tapi aku nak share sedikit info pasal MATTA FAIR 2011 ni.Mungkin ramai yang dah tahu sebab dah banyak kuor iklan kat tv,tenet, dansebagainya..So please refer below details ok:)


Date : Mar 11 - 13 2011
Venue : Putra World Trade Centre (PWTC)
Kuala Lumpur Kuala Lumpur
Contact : Ms Aisya or Ms Salbiah
Phone : 60392876881
Fax : 60392876881
Email : salbiah@matta.org.my
Website : http://www.matta.org.my/

Buat sapa-sapa yang nak pergi bercuti, berbulan madu ke, almaklumlah cuti sekolah dah dekat banyak pulak kenduri kahwin so bolehla berpusu-pusu ke sana ya..

Ok jumpa anda di sanaaaaaaaa....

Monday, March 7, 2011

Honeymoon..

Assalamualaikum...

Korang suke tak tajuk hari ni?Haaa mestilah suke kan..(senyum sampai tinge)lagi-lagi bakal perantin yang da semakin Menuju puncak, Gemilang cahaya,Mengukir cita seindah rasa,Menuju puncak, impian di hati.....(panggg dush-dush keceper)Cukup-cukup!!Ok tak nyanyi dah...
Sebenarnya aku memang suka bab ni sebab mestilah pergi holiday kan..ecece ayat skema tapi ada maksud tersirat hahaha...Bila bercakap pasal hornymoon honeymoon ni memangla seronok tapi kita mesti membuat pilihan yang terbaik bila memilih tempat-tempat yang korang teringin sangat untuk pergi berbulan madu..

Memandangkan masa cuti kami terhad dan aku masih lagi dalam probation dan tidak berkemampuan untuk mengambil cuti yang lama,kami memilih untuk berbulan madu di cherating sahaja sementara menunggu majlis resepsi sebelah pihak lelaki.Insyaallah kalau diizinkan bulan 6 nanti kami akan ke Sabah pula bagi menunaikan impian bulan madu kami yang seterusnya..hahaha..Sangat annoying bukan ..

Okla aku nak share sikit hasil pencarian aku sejak pagi tadi..Nampak sangat takde kerja hahah...

------KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH TERANG JELAS DAN NYATA----------

Ini pula di Sabah..Siap ada harga lagi..





And the last but not least untuk tahun 2011..



Kami hanya merancang Tuhan yang menentukan:)Insyaallah..Amin..

Tak boleh ucap Salam?

Assalamualaikum...
tiada lagi "Salam" untuk pembuka entri hihi..

Actually, baru dapat info mengenai ucapan "Salam" ni..Sebelum ni aku pernah dengar kita boleh mulakan ucapan atau tulisan dengan perkataan "Salam" untuk menggantikan "Akum,Semekom, Assamekom,Askum" & macam-macam pesen lagila..tapi dalam godek-godek blog terjumpe pulak pasal entri Jangan Gunakan Perkataan Salam dekat blog: seribuimpian-sarnia.blogspot.com

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَ...لَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.

Thursday, March 3, 2011

DIY Pomander Ball

Salam ...

Apa nak buat ye..macam takde kerja je walhal bertimbun quotation (kertas sebut harga) kat atas meja yang perlu di hapdate..tapi aku rasa malas bebenor nak membuatnye..Fikiran da melayang ke klang(nak hantar barang hantaran untuk digubah), ke rawang(hantar kad kahwin dekat bakal ibu mertua), ke subang(hamik cincin kawin..haaa ni aku sukeeee..panggg)Semuanya nak dibuat pada hari esok dan luse..Ketat sungguh jadualku sampai kan masa untuk memanjakan diri sendiri terpaksa dipospon ke minggu depan..sigh..eh tak baik mengeluh..Sabor jela temah..

Dalam berblogwalking tadi aku tetibe terpikir untuk membuat pomander ball sendiri..macam menarik pulak pomander ball yang cumel itu barangkali sesuai untuk dihias di bilik dan pintu gerbang ku nanti..Meh aku tayang sikit apa yang aku dapat hasil dari menjadi seorang stalker..hahaha..
Yang ini agak senang sebab korang tak perlu bersusah payah nak mengutip bunga segar kat kebun mane-mane k sebab korang cume beli bunga artificial je then cucuk je kat bola polisterin tu..
Ni la hasilnya bila dah siap..macam senang kan..ni aku copy dari blog ni..kalau nak tau cara membuatnya korang referla cik mizzunderstood..Sory dear i copy tanpa mintak izin huhu..

Yang ni pulak kenala merajinkan diri sket tak boleh malas-malas kalau nak dapatkan hasil yang macam ni..Suke paten yang ini tetapi becinta nye la nak membuat benda alah tu..adesss cakap lebih tak guna jom kita blaja same-sama..
bahan-bahannya simple je kan.

kalau tengok macam ni agak-agak boleh buat tak?

taraaaa...cantik gakkan:)
Aku tak rajinla nak cerita cara-cara buat bola bunga ni korang layan la kat sini ye:)http://bebekbuchuk.blogspot.com/2010/12/diy-project-pomander-ball-using-crepe.html

haaa ni banyak lagi contoh yang menarik hati..pilih-pilih ye selonggok seploh hinggit:P


tapi yang paling menyentuh hatiku ialah yang di bawah ini...sangat soft dan sejuk mata memandang sesoftlan hatiku ini...sila jangan cemburu:P


Jatuh cinta dengan kelembutan nya...ohhh pomander ball ku sayang..

Wednesday, March 2, 2011

Dah Tak Lama Dah Tu...

Salam...
haa pe cite rini..cecite cecite sket hihih..

Hari ni aku baru tambah widget si feedjit dengan Chatbox tuh..kesipotan dan ketinggalan betol la hahaha..tapi takpe "saya budak baru belajar"..

Sedar tak sedarasedar da tinggal kurang sebulan lagi majlis perkahwinanku..auwww teruja pulok hahaha..tapi yang sebenarnye macam-macam aku rase

Arghhh..Risau tetap ada cume aku harus berlagak macho dan cool gitu..
Wei..dah tak lama dah tu ko da prepare belum? Aku hangin betol kalau orang main sergah camtu..elok-elok tengah tenang jadi tak keruan aku nanti ..Caitt..

Tadi ayah bagitau borang kebenaran nikah aku dah selamat sampai ke destinasinya..Alhamdulillah lega sangat sebab borang nikah tu yang paling hardcore sekali kalau ada pending tu yang payoh...Almaklumlah kite duduk jauh nak berulang je da makan masa,hatiduit,tenaga lagi ye dok...

Cakap pasal preparation ni aku tengah mencari tempat yang best dan murah lagi berkesan untuk buat spa..Aku nak yang ada mandi bunga,lulur satu body,peeling tak mau sebab takut menggelupas pulak, mandi susu(suke-suke...panggg!!), dan yang paling penting facial yang soft & smooth..heheh..maklumlah kulit ai tak licin macam putih telur yang direbus, tak tegang macam tomato,tapi manis tetap adaa..(lempang laju-laju)
pakej ini macam menarik bukan

Terasa mahu pergi ke spa itu tapi agak jauh..so kena survey lagi tempat-tempat yang berdekatan Cheras ni...Siapa-siapa yang tahu pusat spa yang best kat cheras ni share-share la ye..Dah tak lama dah ni...

From This Moment

Salam..

Hari ini dalam sejarah..Eh Bukan nak cerita pasal Sejarah macam kita belajar dekat sekolah dulu tapi ini betul-betul..bukan cobaan...Alaahhhaaii...

Ahad lepas jam 8.30 malam dalam kereta semasa dalam perjalanan pulang ke kolumpo, tunangku telah menyentuh hati kecil ini dengan pengakuan ikhlasnya yang menyuburkan lagi cintaku padanya..(maafkan ku jika kata-kata ini kelihatan menjengkelkan tapi aku dapat rasa kebahagiaan itu)

aku: Bng..(dengan penuh lemah lembut dan ketatasusilaan)..
ingat x mase kite mula-mula kenal dulu.Macam mana abg boleh suke dekat
zu?Yela zu ni bukanlah dlm kategori cantik macam fasha sandha tu..(sambil buat
muke comel)

Abg: Tu la..abg pon tak tahu dear...first time abg nampak dear mase
balik dari kelas. Mase tu dear pakai baju kurung warna peach.Abg rase
macam..tibe-tibe je macam de 1 perasaan yang kuat kat sini(sambil pegang kat
dada die)hmm xtau nk cakap camne tapi tol2 rase kat sini(sambil pegang dada
die lagi).Macam first love la..(dia pandang aku dengan mata yang bersinar
cewahh..tapi betul tak tipu!!

aku: (Aku buat-buat tak percaya tapi dalam hati ada taman weyh)
Yekeni bukan sebelum ni abg pernah de gelpren ke..tapi pelik la nape sebelum
ni zu tak penah perasan abg ye first time jumpe pon
kat kedai makan dengan zul,sharifah n epul.Tupun lambat je nak keluar jumpe
kitorang..nak cakap ngan zu pon macam malu-malu je haha..(gelak jahat)

Abg: Yela dear mane nak pandang abg mase tu jalan menunduk je..haha(die lak
gelak jahat)Dulu-dulu penah la mase time sekolah tupun setakat jumpe kat
sekolah je lepas SPM terus lost contact.Time tu abg tak rase macam yang abg
rase dekat dear.

Aku: cinte monyet la tu eh..(Bunga dalam taman aku da semakin berkembang)
Tapi kan bng..zu bersyukur sangat sebab kenal abg..lagi-lagi bile teringat
mase sebelum kenal abg dulu..3 kali seluar zu tersangkut dekat kereta abg
sampai bengkok lambang selangor tu haha..Rupenye-rupenye Tuhan nak kenalkan zu
dengan abg kan....

Abg: :)...(Senyuman yang buat hati aku makin mekar berkembang)

Tibe-tibe ade lagu peberet kami..Shania Twain- from this moment....
Ahhh syahdunye malam itu bile die menyanyikan lagu itu untukku....(kembang lagi)

Terima kasih Ya Allah..Kerana Mu..aku bertemu dengannya..Kerana Mu aku bersama dengannya..Dan aku memohon padaMu Ya Allah..Permudahkanlah segala urusan kami untuk hidup bersama dan berkatilah hubungan kami ini..Amin..

P/s:Da macam cerpen jiwang daa...hihihi..zassss...

Tuesday, March 1, 2011

setel weh!!

Salam..

Dah pukul 6 baru bukak tenet, bukak blog, baru nak terhegeh2 menaip entri baru..sangat buat-buat bz arini walaupon kerja semakin menggunung tapi tetap menten ayu gitu ahakss..

Semalam baru balik dari kampong yang aman makmur (pekan pahang)..Alhamdulillah setel segala hal-hal dengan mak andam.Lega sangat dah dapat baju yang diidam-idamkan ewahh..
Tema sebelah lelaki juga sudah ditetapkan (pilihan ibu encek tunang).Kami pilih2..test2..fitting2 pastu antar MMS kat ibu beliau untuk dipilih tema sebelah diorang..Zaman teknologi canggih ni macam2 kita boleh buat bukan?tetibe jek..Wah excited pilih baju ok semue cantik-cantik sampai rambang biji mata nih..

Ok serius pulak..Khamis lepas aku dilanda eksiden namun aku bersyukur sangat walaupun dilanda dugaan(eksiden dengan perempuan cina yang sangat baik hati), aku tetap gembira dan alhamdulillah tidak membataskan dan membantutkan rancangan ku ngn tunangku untuk balik kampong. Sangat terharu dengan encek tunang yang sanggup bersusah payah menguruskan hal kemalangan itu..Thanks a lot honey luv u soooo much:)


okla..nak balik sekarang..Sebelum mengundur diri, aku nak suggestkan satu website yang buat kad kahwin secara online yang terbukti berkesan, murah dan sangat efisien ok..layan...http://www.kadmurah.com.my