Thursday, April 28, 2011

Ikan Patin Masak Tempoyak

Assalamualaikum..

Hai semua..Harini chef I'zura nak ajar puan-puan semua cara memasak ikan patin masak tempoyak..huhh dengar nama die je da cair air lior nih...sejak bile pulak blog pengantin to be ni bertukar jadi blog masakan nih?haih bedal jelah labu..

Ini semua adik iparku punye cerita lah..pada suatu petang yang disulami hujan lebat ditambah pula dengan kesesakan lalulintas yang memeningkan kepala aku nih, tiba-tiba aku dapat sms dari adik iparku eyan..

eyan: Salam..akak..saya terbau-bau masak tempoyak ikan patin..he..
Aku: Waalaikumussalam..hahaha.akak pon samala..minggu ni kitorang balik rawang so eyan kena cari patin ok..(aiseymen..sedap mulut aku jek..dah bertahun aku tak masak benda alah ni..labi oh labi)
eyan: Orait bereh...tengok sampai menangis nak makan ikan patin ni..he...
Aku: Hahahaha..(entah kat mana die tengok ikan patin tu pon tak taulah)tetibe aku rasa berdebor semacam..yelah ini kali pertama aku nak memasak untuk keluarga hubbyku itu..Gulp!

Dalam tengah kerisauan tu tetibe aku dapat idea cari resepi dalam internet..hmm apela bendul sangat nak risau sampai takleh tidor malam kan(over la pulak kuikuikui)
Fuhh lega babe..sebab macam-macam resepi tuk gulai patin ni wehh cume pandai-pandaila korang pilih yang terbaik..

Selepas resepi-resepi tersebut melepasi ujian kebijaksanaan aku nih akhirnya aku berjaya memilih calon yang paling sesuai untuk acara masak-memasak minggu ni hahaha...
slurppp...ohhh cedapnye...

Bahan-bahannya:
1 ekor ikan patin@1/2 kilo yg sedang besar..
tempoyak(rm2)(boleh tambah jika mahu kuah yang lebih pekat)
sedikit kunyit hidup
10bji cili padi(kalau nak pedas boleh tambah cili)

daun kesum
bunga kantan
asam gelugor
**asam limau npis n asam jawa(perap xnk bg hanyir-1jam)
gula,garam,

cara2..
1. tumbuk@blend cilipadi+kunyit hidup+tempoyak..
2. masukkn air paras2 ikan saja..jgn banyak nanti tak sedap..
3. masukkan bahan tumbuk(1) biarkan hingga mendidih
4. masukkn asam keping,bunga kantan n daun kesum,gula,garam
5. masukkan ikan patin...biar hingga mendidih..tutup..siap..

itu saja..simple..n sdapp..
P/S:(jangan letak bawang tau,hilang rase tempoyak)
OMG!!

Ok itu saja resepi untuk kali ini..Selamat mencuba..

Monday, April 25, 2011

Terima Kasih Sayang!

Assalamualaikum..

Tiada kata yang dapat diungkap pabila suami yang dikasihi membelai dan menjaga diri ini dengan penuh kasih sayang dan sepenuh perhatian di saat aku berada di dalam kesakitan.
Sungguh aku terharu dengan kesayuan wajahnya di kala melihat tangisan kesakitanku, betapa aku merasakan hangatnya dakapan suamiku di saat aku mula melelapkan mata yang basah dek rintihan pedih itu.
Baru aku menyedari betapa besar nikmatnya sesebuah pernikahan itu.Betapa agungnya kurniaan Tuhan kepada setiap hambanya dan kita sebagai hambanya perlu bersyukur dan redha dengan qada dan qadarnya..

Wahai suamiku,tak dapat kugambarkan betapa indahnya perasaan di kala mencium tanganmu dan kau membalasnya dengan mencium ubun-ubunku setelah usai solat berjemaah bersama..Betapa aku sangat menyanjungi dirimu yang dikurniakan Tuhan untukku kerana kaulah penawar hidupku.

Terima kasih Ya Allah..Aku bersyukur atas kurniaanmu itu..
Demi Allah, tiada apa yang dapat mengubah kasih dan sayangku padamu kerna redhaku padamu yang dipilih Allah untuk menjadi peneman hidupku.

Terima kasih sayang kerana menjadi pelengkap hidupku...

Sunday, April 17, 2011

kenapa padam?

Assalamualaikum..

Entri Ex-pengantin To Be sudah ku padam hehehee...kenapa padam??
Hmm sebenarnya aku tak mahu ada yang tersinggung dengan entri ku itu kihkihkih...eh bukan begitu..Yang sebenarnya suamiku yang tersayang telah meminta ku untuk tidak mengekspos gambar-gambar kahwin kami kepada umum dek kerana itu ialah privasi kami, keluarga dan kaum sahabat yang terdekat.. dan demi menghormati keputusannya itu aku telah memadam entri tersebut..cukupla sekadar beberapa hari gambar-gambar kahwinku ditayangkan di blog ini ya hehehe...gambar-gambar di fesbuk juga akan ku padam sedikit masa lagi..Aku jugak pernah terpikir baik dan buruknya bila kita menayangkan gambar-gambar peribadi kepada umum tapi semua itu terpulang kepada individu itu sendiri kerana setiap orang ada pandangan masing-masing.Cuma kadang-kadang kita kurang sedar di sebalik keseronokan melayari blog dan fesbuk ini, ada beberapa isu sensitiviti yang perlu kita ambil kira.Mungkin kita hanya perlu melihat gambar-gambar di bawah untuk menghuraikan sedikit sebanyak tentang isu penggunaan internet ni..





Gambar terakhir ini sangat menakutkan ok...kecik-kecik dah pandai main ye:P

Cukupla setakat ini dahulu..Mari kita renung-renungkan ye..

Okla nak membuat persediaan untuk honeymoon kami yang ke-2....:)
Sudah tidak sabar lagi mau ke sanaaa....

Weeeeeeee......