Monday, April 25, 2011

Terima Kasih Sayang!

Assalamualaikum..

Tiada kata yang dapat diungkap pabila suami yang dikasihi membelai dan menjaga diri ini dengan penuh kasih sayang dan sepenuh perhatian di saat aku berada di dalam kesakitan.
Sungguh aku terharu dengan kesayuan wajahnya di kala melihat tangisan kesakitanku, betapa aku merasakan hangatnya dakapan suamiku di saat aku mula melelapkan mata yang basah dek rintihan pedih itu.
Baru aku menyedari betapa besar nikmatnya sesebuah pernikahan itu.Betapa agungnya kurniaan Tuhan kepada setiap hambanya dan kita sebagai hambanya perlu bersyukur dan redha dengan qada dan qadarnya..

Wahai suamiku,tak dapat kugambarkan betapa indahnya perasaan di kala mencium tanganmu dan kau membalasnya dengan mencium ubun-ubunku setelah usai solat berjemaah bersama..Betapa aku sangat menyanjungi dirimu yang dikurniakan Tuhan untukku kerana kaulah penawar hidupku.

Terima kasih Ya Allah..Aku bersyukur atas kurniaanmu itu..
Demi Allah, tiada apa yang dapat mengubah kasih dan sayangku padamu kerna redhaku padamu yang dipilih Allah untuk menjadi peneman hidupku.

Terima kasih sayang kerana menjadi pelengkap hidupku...

2 comments:

  1. tq nana..hati yang merasa,tangan yang berkata-kata:)

    ReplyDelete