Wednesday, May 25, 2011

Terima atau Tidak..

Assalamualaikum!

Tinggal beberapa hari saja lagi untuk kawan-kawan seperjuanganku menggapai cita-cita mereka untuk menjadi seorang Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara..Selama hampir 2 tahun aku mencuba nasib untuk mendapat tempat di sektor awam dan alhamdulillah aku berjaya.Yee aku berjaya!!Alhamdulillah aku bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan ini Ya Allah..Sungguh ada benarnye kata-kata yang selalu kudengar.Rezeki orang yang mengikut sunnah Rasulullah S.A.W yakni berkahwin itu amat luas. Aku sendiri sudah melaluinya sejak awal pertunangan lagi dan Allah memberi rezeki yang tak terduga sampailah sekarang..Alhamdulillah terima kasih Ya Allah. Aku bersyukur atas nikmat kurniaanmu itu.

Tapi..sehingga sekarang aku tidak dapat membuat keputusan untuk menerima jawatan itu atas beberapa sebab yang memerlukan aku brfikir lebih dari seploh kali untuk menetapkan keputusan itu. Aku tahu tugas yang bakal dipikul itu sangat mencabar dan memerlukan komitmen yang tinggi tapi aku juga harus memikirkan perasaan suami dan keluarga dikedua-dua belah pihak.Jika aku menerima jawatan tu beerti aku harus menjalani kehidupan seperti pelajar dan terpaksa berjauhan dari mereka lebih2 lagi suami yang tercinta.Suamiku menyokong hasratku itu tapi dalam masa yang sama juga berat untuk melepaskan ku pergi ke sana. Walaupun jangkamasanya tidak lama namun disebalik raut wajah sayunya itu aku sudah dapat memahaminya. Aku hanya berserah pada Allah kerana Dia lah yang menentukan segalanya.Walau apapun keputusan yang akan dibuat aku tetap yakin ada hikmahnya dan bersyukur pada setiap rezeki-Nya.

وَعَسَى أنْ تَكْر هُوا شَيْئًا وَهُم خَيْرٌ لَكُمْ عَسَى أنْ تُحِبَّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرَّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Barangkali kamu membenci sesuatu sedangkan ia adalah baik buat kamu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu sedangkan ia adalah buruk buat kamu. ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.

No comments:

Post a Comment