Salam..Just wana share sedikit info untuk orang2 di luar sana yang sedang @ akan merancang untuk berkahwin..Tadi saja belek-belek blog yang berunsur agama (maklumlah dah nak DEKAT ni..kenala tambah pe yang kurang ye dok..
Sebelum ni macam tak ambil kisah sangat pasal tarikh kahwin ni sebab kami pilih berdasarkan kesesuaian & kefleksibelan kedua-dua belah pihak supaya takde yang terluka or terkecik hati dengan pilihan kami itu.Tapi bila dapat info ni rasa bersyukur juga sebab tarikh yang kami pilih tu bersesuaian. So pada encik2 cik2 semua bolehla jadikan info ni sebagai panduan tapi ingin saya hilite kan
Didalam Islam memang tidak ada penetapan hari atau bulan bagi seseorang itu melangsungkan perkahwinan. Mempercayai mana-mana bulan yang mendatang kesialan atau kecelakaan adalah merupakan amalan orang-orang jahiliyah, dan ia adalah perbuatan yang syirik! Dari Ibn Mas’ud bahawa Nabi saw bersabda :
الطيرة من الشرك
"Tiyarah (mempercayai petanda yg mendatangkan keburukan) adalah sejenis syirik" - [hadith riwayat Al-Tirmudzi, al-Siyar #1539, dikelaskan sebagai sahih oleh Syeikh Al-Albani]
Bulan Muharram mengikut pandangan Islam adalah salah satu bulan haram yang empat, iaitu bulan Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Dalam empat bulan ini dilarang melancarkan peperangan kecuali darurat yang tidak dapat dielakkan. Firman ALLAH:
إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَافَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَافَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ
“Sesungguhnya bulan-bulan di sisi hukum ALLAH ialah dua belas bulan (yang telah ditetapkan) di dalam kitab ALLAH semasa ia menciptakan langit dan bumi di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya)." (Surah At-Taubah: ayat 36)
وَقَالَ اِبْن عَبَّاس
الْآيَة فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسكُمْ فِي كُلّهنَّ ثُمَّ اِخْتَصَّ مِنْ ذَلِكَ أَرْبَعَة أَشْهُر فَجَعَلَهُنَّ حَرَامًا وَعَظَّمَ حُرُمَاتهنَّ وَجَعَلَ الذَّنْب فِيهِنَّ أَعْظَم وَالْعَمَل الصَّالِح وَالْأَجْر أَعْظَم
Berkata Ibn Abbas: “…tentang ayat (Jgn kamu menzalimi diri kamu dlmnya), Dlm ke semua bulan, Allah telah memilih 4 bulan dan menjadikannya suci, menegaskan kesuciannya, berbuat dosa dlmnya adalah kesilapan yang besar dan mereka yang berbuat baik dlmnya akan digandakan kebaikannya.” (Tafsir Al-Quranul `Azim Li Ibn Katheer)
Jadi mengikut maksud ayat ini segala kerja yang baik dan amalan kebajikan tiada halangannya untuk dibuat pada bulan Muharram, begitulah juga dengan bulan Rejab, Zulkaedah dan Zulhijjah, hanya maksiat dan kezaliman saja yang dilarang lebih keras pada bulan-bulan yang lainnya. Perkahwinan mengikut pandangan Islam adalah satu amalan kebajikan bukannya amalan kezaliman dan maksiat, oleh itu tiada larangan dalam Islam untuk membuat kenduri kahwin dalam bulan Muharram.
HARI-HARI BULAN ISLAM PANDUAN MENURUT IMAM JAAFAR AS-SODIQ A.S.
01hb: Hari yang baik untuk bertemu pemerintah (orang kenamaan) / meminta hajat / berdagang / bertani dan bermusafir.
02hb: Hari yang baik untuk bermusafir / meminta hajat.
03hb: Hari yang tidak bagus.
04hb: Hari yang baik untuk berkahwin dan Makruh untuk bermusafir.
05hb: Hari yang tidak bagus.
06hb: Hari yang diberkati dan baik untuk berkahwin / meminta hajat.
07hb: Hari yang diberkati dan elok untuk apa yang dimaksudkan dan diusahakan.
08hb: Hari yang baik untuk meminta hajat dan Makruh untuk bermusafir.
09hb: Hari yang penuh keberkatan dan baik untuk segala hajat manusia. Dan barangsiapa yang bermusafir bakal memperolehi rezeki harta dan dia akan melihat banyak kebaikan dalam perjalanannya itu.
10hb: Hari yang baik untuk segala hajat melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan). Sesiapa yang lari dari penguasa akan tertangkap. Tetapi, baik untuk berjual-beli. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh.
11hb: Hari yang baik untuk segala hajat, bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan).
12hb: Hari yang penuh keberkatan. Maka mintalah hajatmu dan berusaha nescaya akan mendapat. Bersembunyi dari pemerintah adalah lebih baik.
13hb: Hari yang tidak bagus atas segala amalan / hajat.
14hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan.
15hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan. Nescaya akan mendapat.
16hb: Hari yang tidak bagus.
17hb: Hari yang baik bagi segala hajat/ amalan. Nescaya akan mendapat. Baik untk bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam, membina bangunan dan bertemu pemerintah (orang besar).
18hb: Hari yang baik bagi segala hajat. Barangsiapa yang bertemu musuh, akan mendapat kemenangan dengan Takdir Allah.
19hb: Hari yang baik bagi segala amalan. Barangsiapa yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan hidup.
20hb: Hari yang baik untuk segala hajat, / bermusafir / membina bangunan / bertani / kahwin dan bertemu pembesar.
21hb: Hari yang tidak bagus.
22hb: Hari yang baik untuk berdagang / bertemu pemerintah / musafir / BERSEDEKAH.
23hb: Hari yang baik digalakkan untuk berkahwin dan apa saja perniagaan dan bertemu pemerintah.
24hb: Hari yang tidak bagus.
25hb: Hari yang tidak bagus dan BERHATI-HATI untuk setiap perkara.
26hb: Hari yang baik untuk segala hajat kecuali kahwin dan musafir. Hendaklah kamu BERSEDEKAH pada hari itu kerana ia memberikan banyak manfaat.
27hb: Hari yang baik untuk segala hajat.
28hb: Hari yang bercampur ( Baik & Tidak baik).
29hb: Hari yang baik bagi segala hajat melainkan menulis (kitab). Boleh menulis tetapi MAKRUH. Barangsiapa yang menulis kitab tidak mendapatkan idea yang baik. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh dan yang bermusafir bakal mendapat harta yang banyak.
30hb: Hari yang baik bagi segala hajat / berdagang / bertani / kahwin, cepat sembuh dari penyakit, Yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan, akan diangkat kedudukannya. Suka bercakap benar dan menunaikan janji.
Soal memilih ketika seperti hari baik, bulan baik dan waktu yang baik untuk melangsungkan suatu pekerjaan maka tiadalah dalam ajaran Islam yang sebenarnya. Bersempena baik dan bersempena jahat dilarang dalam Islam, yang dikehendakinya ialah kita berserah kepada ALLAH kerana tiada siapa yang tahu perkara yang tersembunyi dalam Iradat ALLAH, qadha dan qadar-Nya .
Al-Qardhawi dlm Fatwa Al-Mua'sirah ditanya adakah perkahwinan dlm bulan muharram dicela atau dikeji:
"Perkara ini tiada asas dalam agama. Bulan muharram adalah salah satu bulan yang diharamkan berperang. Terdapat juga banyak kelebihan bulan muharram spt yang disebut dlm hadith tentang kelebihan berpuasa dlm bulan muharram. Jgnlah kamu mengikuti kaum fatimi di mesir yang menjadi bulan muharram sebagai bulan bersedih (kerana peristiwa pembunuhan cucu Rasulullah S.A.W). Dlm islam, perkahwinan dibenarkan pada mana-mana bulan atau hari. Berbahagialah mereka yang berkahwin kerana perkahwinan itu adalah tuntutan agama."
Pada zaman Nabi saw, orang-orang Arab mengatakan bahawa berkahwin didalam bukan Shawaal akan menyebabkan 'bad omen' atau tatayyur [color="#800000" size="3"](التطيّر) ataupun mendatangkan petanda yang buruk. Nabi saw telah berkahwin dengan A'isyah ra. sepertimana yang diperkata oleh Urwah ibn Zubayr (hadith riwayat Muslim #1423] pada bulan Syawwal bagi membukti kepercayaan orang-orang Arab akan 'kesialan' itu adalah palsu semata-mata.
Sesuai atau tidak sesuai sesuatu perkara yang bukan dari ruang lingkup ibadat secara khusus, mestilah didasarkan dengan Nas yang menegah perbuatan tersebut. Jika tidak terdapat nas pengharamam tersebut, maka kesesuaian itu bolehlah diukur dengan apa-apa faktor selagi mana ia tidak melibatkan perkara-perkara yang haram atau bercanggah dengan syara', contohnya seperti memilih tarikh cuti sekolah dan cuti umum hari Sabtu, tarikh yang Tok Qadi mempunyai kelapangan atau pun ingin melangsung perkahwinan pada bulan Syawwal kerana ingin mengikut sunnah Nabi saw [Al-Nawawi, Sharh Muslim : 9/209, Ibn Al-Qayyim, Miftaah Daar al-Sa’aadah, 2/261] dimana baginda berkahwin dgn A'isyah dsb...
Renung2kan dan Selamat Beramal...:)
No comments:
Post a Comment