Wednesday, March 2, 2011

From This Moment

Salam..

Hari ini dalam sejarah..Eh Bukan nak cerita pasal Sejarah macam kita belajar dekat sekolah dulu tapi ini betul-betul..bukan cobaan...Alaahhhaaii...

Ahad lepas jam 8.30 malam dalam kereta semasa dalam perjalanan pulang ke kolumpo, tunangku telah menyentuh hati kecil ini dengan pengakuan ikhlasnya yang menyuburkan lagi cintaku padanya..(maafkan ku jika kata-kata ini kelihatan menjengkelkan tapi aku dapat rasa kebahagiaan itu)

aku: Bng..(dengan penuh lemah lembut dan ketatasusilaan)..
ingat x mase kite mula-mula kenal dulu.Macam mana abg boleh suke dekat
zu?Yela zu ni bukanlah dlm kategori cantik macam fasha sandha tu..(sambil buat
muke comel)

Abg: Tu la..abg pon tak tahu dear...first time abg nampak dear mase
balik dari kelas. Mase tu dear pakai baju kurung warna peach.Abg rase
macam..tibe-tibe je macam de 1 perasaan yang kuat kat sini(sambil pegang kat
dada die)hmm xtau nk cakap camne tapi tol2 rase kat sini(sambil pegang dada
die lagi).Macam first love la..(dia pandang aku dengan mata yang bersinar
cewahh..tapi betul tak tipu!!

aku: (Aku buat-buat tak percaya tapi dalam hati ada taman weyh)
Yekeni bukan sebelum ni abg pernah de gelpren ke..tapi pelik la nape sebelum
ni zu tak penah perasan abg ye first time jumpe pon
kat kedai makan dengan zul,sharifah n epul.Tupun lambat je nak keluar jumpe
kitorang..nak cakap ngan zu pon macam malu-malu je haha..(gelak jahat)

Abg: Yela dear mane nak pandang abg mase tu jalan menunduk je..haha(die lak
gelak jahat)Dulu-dulu penah la mase time sekolah tupun setakat jumpe kat
sekolah je lepas SPM terus lost contact.Time tu abg tak rase macam yang abg
rase dekat dear.

Aku: cinte monyet la tu eh..(Bunga dalam taman aku da semakin berkembang)
Tapi kan bng..zu bersyukur sangat sebab kenal abg..lagi-lagi bile teringat
mase sebelum kenal abg dulu..3 kali seluar zu tersangkut dekat kereta abg
sampai bengkok lambang selangor tu haha..Rupenye-rupenye Tuhan nak kenalkan zu
dengan abg kan....

Abg: :)...(Senyuman yang buat hati aku makin mekar berkembang)

Tibe-tibe ade lagu peberet kami..Shania Twain- from this moment....
Ahhh syahdunye malam itu bile die menyanyikan lagu itu untukku....(kembang lagi)

Terima kasih Ya Allah..Kerana Mu..aku bertemu dengannya..Kerana Mu aku bersama dengannya..Dan aku memohon padaMu Ya Allah..Permudahkanlah segala urusan kami untuk hidup bersama dan berkatilah hubungan kami ini..Amin..

P/s:Da macam cerpen jiwang daa...hihihi..zassss...

Tuesday, March 1, 2011

setel weh!!

Salam..

Dah pukul 6 baru bukak tenet, bukak blog, baru nak terhegeh2 menaip entri baru..sangat buat-buat bz arini walaupon kerja semakin menggunung tapi tetap menten ayu gitu ahakss..

Semalam baru balik dari kampong yang aman makmur (pekan pahang)..Alhamdulillah setel segala hal-hal dengan mak andam.Lega sangat dah dapat baju yang diidam-idamkan ewahh..
Tema sebelah lelaki juga sudah ditetapkan (pilihan ibu encek tunang).Kami pilih2..test2..fitting2 pastu antar MMS kat ibu beliau untuk dipilih tema sebelah diorang..Zaman teknologi canggih ni macam2 kita boleh buat bukan?tetibe jek..Wah excited pilih baju ok semue cantik-cantik sampai rambang biji mata nih..

Ok serius pulak..Khamis lepas aku dilanda eksiden namun aku bersyukur sangat walaupun dilanda dugaan(eksiden dengan perempuan cina yang sangat baik hati), aku tetap gembira dan alhamdulillah tidak membataskan dan membantutkan rancangan ku ngn tunangku untuk balik kampong. Sangat terharu dengan encek tunang yang sanggup bersusah payah menguruskan hal kemalangan itu..Thanks a lot honey luv u soooo much:)


okla..nak balik sekarang..Sebelum mengundur diri, aku nak suggestkan satu website yang buat kad kahwin secara online yang terbukti berkesan, murah dan sangat efisien ok..layan...http://www.kadmurah.com.my

Thursday, February 24, 2011

Nak Buat Duit?Jom Heartbeat.my

Salam..Ni entry pasal nak tambah pendapatan k..kalau sesape rasa nak tambah duit tabung selain duit dari hasil nuffnang tuh, korang leh try yang ni plak k...

Memula skali korang klik banner heartbeat.my yang de kat tepi blog aku tu..


Kendian, korang create account ngan heartbeat.my ni..free ok!!


Ni lah rupa si borang pendaftaran tu..


Setelah itu, korang klik plak "Join HB!Affiliate" tu ye..


pastu..(brape banyak da..)isi form cam kat bawah ni ye...jangan lupa masukkan nama blog skali k..


Dapatkan kod dan tepekla kat blog korang..


Last but not least, promosikan kat blog anda macam yang saya buat ni k..

Dengan mendaftar kat heartbeat ni macam-macam korang boleh dapat..nak lebih jelas klik gambar bawah ni..


- RM2 untuk setiap orang yang mendaftar di heartbeat melalui
promosi (banner) anda...Kalau ada yang klik banner anda pastu
register memang kompem dapat RM2 hokay..

- RM0.04 untuk setiap klik...Sikit jer kan..Tapi sikit2 pun duwet!

- 20% untuk setiap barangan cenderahati yang anda beli di Heartbeat
Kalau beli mug hiasan berharga RM40,anda akan dapat RM8..
Beli kat kedai lain mane dpt camni...

- 15% plak untuk setiap pembelian referral anda..Kalau referral anda beli
mug RM40 tu jugak,anda dapat RM6..

- Banyak lagi la..testimonial,feedback n join survey pun dapat income gak.

- Kalau earning anda dah cukup RM5o boleh la cash out..Tempoh
menunggu cuma dua minggu yer...Boleh pilih samada terima
pembayaran melaui cek (macam nuffnang) ataupun terus masuk
ke dalam akaun bank anda (transfer fund)..

Haa menarik bukan!!So ape tuggu lagi...Jom kita cuba cari pendapatan sampingan dengan heartbeat.my!!!!(dengan gaya kanak-kanak Ribena)

Tuesday, February 22, 2011

barang baik punye!!

Salam..kalau tak jawab lu pikirla sendiri :P

Saja kasi suspen sket tajuk entri baru ni ..Nak promot sket 1 website beli-belah barangan kosmetik dan minyak wangi ni( skema je bunyi nye)..

Memang berbaloi-baloi beli barang kat sini..buat korang yang nak cari perfume, skincare, alat mekap,boleh layan dan beli online kat website tu ye..
Puas hati dengan harga walaupon penghantaran sedikit lambat tapi stil ok ma..BERBALOI_BALOI!!

Aku da beli 1 deodorant Dunhill London for Men khas untuk tunang ku..


Beli deodorant je ke??ekelleh...eh sukeatiakula hakhakahak..Yang sebenornye aku dah belikan set perfume ngan shower gel untuk beliau tetapi macam kurang lak kalau nak dijadikan hantaran..so dengan gigihnye aku cari deodorant tu untuk jadi penambah rasa dalam menu hantaran nye nanti:)
Ok la taknak membebel banyak2..korang layanla sendiri....http://my.strawberrynet.com/

Hari Baik Bulan Baik

Salam..Just wana share sedikit info untuk orang2 di luar sana yang sedang @ akan merancang untuk berkahwin..Tadi saja belek-belek blog yang berunsur agama (maklumlah dah nak DEKAT ni..kenala tambah pe yang kurang ye dok..



Sebelum ni macam tak ambil kisah sangat pasal tarikh kahwin ni sebab kami pilih berdasarkan kesesuaian & kefleksibelan kedua-dua belah pihak supaya takde yang terluka or terkecik hati dengan pilihan kami itu.Tapi bila dapat info ni rasa bersyukur juga sebab tarikh yang kami pilih tu bersesuaian. So pada encik2 cik2 semua bolehla jadikan info ni sebagai panduan tapi ingin saya hilite kan
Didalam Islam memang tidak ada penetapan hari atau bulan bagi seseorang itu melangsungkan perkahwinan. Mempercayai mana-mana bulan yang mendatang kesialan atau kecelakaan adalah merupakan amalan orang-orang jahiliyah, dan ia adalah perbuatan yang syirik! Dari Ibn Mas’ud bahawa Nabi saw bersabda :

الطيرة من الشرك

"Tiyarah (mempercayai petanda yg mendatangkan keburukan) adalah sejenis syirik" - [hadith riwayat Al-Tirmudzi, al-Siyar #1539, dikelaskan sebagai sahih oleh Syeikh Al-Albani]


Bulan Muharram mengikut pandangan Islam adalah salah satu bulan haram yang empat, iaitu bulan Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Dalam empat bulan ini dilarang melancarkan peperangan kecuali darurat yang tidak dapat dielakkan. Firman ALLAH:


إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَافَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَافَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ

“Sesungguhnya bulan-bulan di sisi hukum ALLAH ialah dua belas bulan (yang telah ditetapkan) di dalam kitab ALLAH semasa ia menciptakan langit dan bumi di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya)." (Surah At-Taubah: ayat 36)


وَقَالَ اِبْن عَبَّاس
الْآيَة فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسكُمْ فِي كُلّهنَّ ثُمَّ اِخْتَصَّ مِنْ ذَلِكَ أَرْبَعَة أَشْهُر فَجَعَلَهُنَّ حَرَامًا وَعَظَّمَ حُرُمَاتهنَّ وَجَعَلَ الذَّنْب فِيهِنَّ أَعْظَم وَالْعَمَل الصَّالِح وَالْأَجْر أَعْظَم

Berkata Ibn Abbas: “…tentang ayat (Jgn kamu menzalimi diri kamu dlmnya), Dlm ke semua bulan, Allah telah memilih 4 bulan dan menjadikannya suci, menegaskan kesuciannya, berbuat dosa dlmnya adalah kesilapan yang besar dan mereka yang berbuat baik dlmnya akan digandakan kebaikannya.” (Tafsir Al-Quranul `Azim Li Ibn Katheer)

Jadi mengikut maksud ayat ini segala kerja yang baik dan amalan kebajikan tiada halangannya untuk dibuat pada bulan Muharram, begitulah juga dengan bulan Rejab, Zulkaedah dan Zulhijjah, hanya maksiat dan kezaliman saja yang dilarang lebih keras pada bulan-bulan yang lainnya. Perkahwinan mengikut pandangan Islam adalah satu amalan kebajikan bukannya amalan kezaliman dan maksiat, oleh itu tiada larangan dalam Islam untuk membuat kenduri kahwin dalam bulan Muharram.

HARI-HARI BULAN ISLAM PANDUAN MENURUT IMAM JAAFAR AS-SODIQ A.S.

01hb: Hari yang baik untuk bertemu pemerintah (orang kenamaan) / meminta hajat / berdagang / bertani dan bermusafir.

02hb: Hari yang baik untuk bermusafir / meminta hajat.

03hb: Hari yang tidak bagus.

04hb: Hari yang baik untuk berkahwin dan Makruh untuk bermusafir.

05hb: Hari yang tidak bagus.

06hb: Hari yang diberkati dan baik untuk berkahwin / meminta hajat.

07hb: Hari yang diberkati dan elok untuk apa yang dimaksudkan dan diusahakan.

08hb: Hari yang baik untuk meminta hajat dan Makruh untuk bermusafir.

09hb: Hari yang penuh keberkatan dan baik untuk segala hajat manusia. Dan barangsiapa yang bermusafir bakal memperolehi rezeki harta dan dia akan melihat banyak kebaikan dalam perjalanannya itu.

10hb: Hari yang baik untuk segala hajat melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan). Sesiapa yang lari dari penguasa akan tertangkap. Tetapi, baik untuk berjual-beli. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh.

11hb: Hari yang baik untuk segala hajat, bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan).

12hb: Hari yang penuh keberkatan. Maka mintalah hajatmu dan berusaha nescaya akan mendapat. Bersembunyi dari pemerintah adalah lebih baik.

13hb: Hari yang tidak bagus atas segala amalan / hajat.

14hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan.

15hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan. Nescaya akan mendapat.

16hb: Hari yang tidak bagus.

17hb: Hari yang baik bagi segala hajat/ amalan. Nescaya akan mendapat. Baik untk bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam, membina bangunan dan bertemu pemerintah (orang besar).

18hb: Hari yang baik bagi segala hajat. Barangsiapa yang bertemu musuh, akan mendapat kemenangan dengan Takdir Allah.

19hb: Hari yang baik bagi segala amalan. Barangsiapa yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan hidup.

20hb: Hari yang baik untuk segala hajat, / bermusafir / membina bangunan / bertani / kahwin dan bertemu pembesar.

21hb: Hari yang tidak bagus.

22hb: Hari yang baik untuk berdagang / bertemu pemerintah / musafir / BERSEDEKAH.

23hb: Hari yang baik digalakkan untuk berkahwin dan apa saja perniagaan dan bertemu pemerintah.

24hb: Hari yang tidak bagus.

25hb: Hari yang tidak bagus dan BERHATI-HATI untuk setiap perkara.

26hb: Hari yang baik untuk segala hajat kecuali kahwin dan musafir. Hendaklah kamu BERSEDEKAH pada hari itu kerana ia memberikan banyak manfaat.

27hb: Hari yang baik untuk segala hajat.

28hb: Hari yang bercampur ( Baik & Tidak baik).

29hb: Hari yang baik bagi segala hajat melainkan menulis (kitab). Boleh menulis tetapi MAKRUH. Barangsiapa yang menulis kitab tidak mendapatkan idea yang baik. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh dan yang bermusafir bakal mendapat harta yang banyak.

30hb: Hari yang baik bagi segala hajat / berdagang / bertani / kahwin, cepat sembuh dari penyakit, Yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan, akan diangkat kedudukannya. Suka bercakap benar dan menunaikan janji.

Soal memilih ketika seperti hari baik, bulan baik dan waktu yang baik untuk melangsungkan suatu pekerjaan maka tiadalah dalam ajaran Islam yang sebenarnya. Bersempena baik dan bersempena jahat dilarang dalam Islam, yang dikehendakinya ialah kita berserah kepada ALLAH kerana tiada siapa yang tahu perkara yang tersembunyi dalam Iradat ALLAH, qadha dan qadar-Nya .

Al-Qardhawi dlm Fatwa Al-Mua'sirah ditanya adakah perkahwinan dlm bulan muharram dicela atau dikeji:

"Perkara ini tiada asas dalam agama. Bulan muharram adalah salah satu bulan yang diharamkan berperang. Terdapat juga banyak kelebihan bulan muharram spt yang disebut dlm hadith tentang kelebihan berpuasa dlm bulan muharram. Jgnlah kamu mengikuti kaum fatimi di mesir yang menjadi bulan muharram sebagai bulan bersedih (kerana peristiwa pembunuhan cucu Rasulullah S.A.W). Dlm islam, perkahwinan dibenarkan pada mana-mana bulan atau hari. Berbahagialah mereka yang berkahwin kerana perkahwinan itu adalah tuntutan agama."

Pada zaman Nabi saw, orang-orang Arab mengatakan bahawa berkahwin didalam bukan Shawaal akan menyebabkan 'bad omen' atau tatayyur [color="#800000" size="3"](التطيّر) ataupun mendatangkan petanda yang buruk. Nabi saw telah berkahwin dengan A'isyah ra. sepertimana yang diperkata oleh Urwah ibn Zubayr (hadith riwayat Muslim #1423] pada bulan Syawwal bagi membukti kepercayaan orang-orang Arab akan 'kesialan' itu adalah palsu semata-mata.

Sesuai atau tidak sesuai sesuatu perkara yang bukan dari ruang lingkup ibadat secara khusus, mestilah didasarkan dengan Nas yang menegah perbuatan tersebut. Jika tidak terdapat nas pengharamam tersebut, maka kesesuaian itu bolehlah diukur dengan apa-apa faktor selagi mana ia tidak melibatkan perkara-perkara yang haram atau bercanggah dengan syara', contohnya seperti memilih tarikh cuti sekolah dan cuti umum hari Sabtu, tarikh yang Tok Qadi mempunyai kelapangan atau pun ingin melangsung perkahwinan pada bulan Syawwal kerana ingin mengikut sunnah Nabi saw [Al-Nawawi, Sharh Muslim : 9/209, Ibn Al-Qayyim, Miftaah Daar al-Sa’aadah, 2/261] dimana baginda berkahwin dgn A'isyah dsb...
Renung2kan dan Selamat Beramal...:)