Tuesday, May 31, 2011

Penantian Itu Satu Keindahan

Assalamualaikum..

Banyak orang cakap penantian itu satu penyiksaan tapi aku tak rasa lak macam tu.Bile dikenang-kenang balik zaman bercinta dulu yang penuh dengan penantian selama 6 tahun lebih( Lama tu beb sampai dah tak hingat bape kali aku potong rambut ni..Ade mak kesah!! hahah) Selama tu jugalah kami menyulam cinta secara jarak jauh dengan penuh tekun dan sabar lagi yakin dengan kesetiaan masing-masing dan Alhamdulillah penantian itu berakhir dan inilah hasilnya.....

Syahdunya perasaan saat diijabkabulkan..Menitis-nitis air mata kesyukuran dan kebahagiaan ewahhh...

Dalam masa hampir tujuh tahun yang mungkin agak lama pada pendengaran sesetengah orang, kami terasa macam baru bercinta sebab baru sekarang dapat merasa keindahan alam percintaan yang sebenar..Percintaan selepas berkahwin sangat indah sampaikan hubby ku sendiri mengakui tujuh tahun itu hanya pada angka tapi rasa macam baru mula nak mengorat je ahahahaha..Cumel sungguh suamiku yang ensem..(eh biarlah ape pandangan orang lain tapi aku suke puji beliau ensem )Terbalas setiap pengorbanan dan penantian kami itu dengan kenikmatan yang dikurniakan oleh Allah dan semoga ianya berkekalan sampai akhir hayat kami.

Begitu juga dengan penantian dalam pekerjaan yang sekian lama kuidam2kan sejak abis diploma lagi hinggalah 2 kali aku bertukar kerja dan tempat kerja, aku sanggup bersusah payah semata-mata ingin mendapatkan pekerjaan di gomen sebagai Penolong pegawai kawalan trafik udara.Walaupon jawatan itu tak seGAH Pegawai Tadbir Diplomat atau Menteri Kerjaraya(GAH ke??), tapi aku bersyukur kerana usahaku terbalas jua setelah terpilih untuk jawatan tu. Walaubagaimanapon,, apa yang membuatkan aku lebih bersyukur ialah Tuhan memberiku kenikmatan yang lebih besar dari itu iaitu suamiku dan aku dengan lapang hatinye telah melepaskan peluang untuk menjadi asst.ATC dan memilih suami yang dicintai..

''Weh..ruginye kau tolak keje gomen..''
''Sayangnye..Bukan senang nak dapat masuk gomen tau..''
''Ko tak suke ke dapat benefit gomen nanti kalo bersalin dapat cuti 3 bulan wooo...''(hakupedulikhape)

Kata-kata orang-orangan itu sedikit pon tak menggugat keputusanku sebaliknya aku bertambah yakin lagi2 bile dengor suara Jamal Abdillah kat radio Sinar.
"Azura..tempat seorang isteri adalah di sisi suami kerana di situlah syurgamu"(wahhh feeling gitu tetibe die sebut nama aku wahahahaha)

Tapi yang sebenarnye, Dia-lah yang menggerakkan hatiku untuk setiap keputusan yang aku buat kerana aku hanya merancang namun Dia-lah yang menetukan segalanya.
Aku bahagia dengan keputusan itu.
Dan jika diizinkan Allah, kami sekarang menunggu satu lagi nikmat yang tak ternilai harganya dari Allah dan semoga doa kami diperkenankan oleh-Nya..Insyaallah..
Terima kasih sayang atas segalanya...
Terima kasih Ya Allah atas segala kurniaan-Mu..

Thursday, May 26, 2011

Sifat Yang Menghapuskan Amalan Baikmu.

Assalamualaikum..

Tadi godek-godek fesbuk tiba-tiba tertarik dengan catatan yang dikongsi oleh ILUVISLAM.COM..Meh kita sama-sama baca dan kita renung-renung kan bersama..


Pernah tak kita lihat dalam masyarakat kita budaya santau-menyantau, fitnah-memfitnah, berburuk sangka, saling menjatuhkan antara satu sama lain dan pelbagai lagi budaya yang sama waktu dengannya?

Rasanya perkara seperti ini sudah tidak perlu dipersoalkan kerana ia merupakan perkara yang sering terjadi dikalangan masyarakat kita. Semua perkara ini terjadi hasil daripada suatu sifat atau penyakit hati yang dipanggil hasad dengki. Apa makna hasad dengki ini? Saya pinjam makna hasad dengki ini dari sebuah buku yang mana buku itu menyebut :

Hasad adalah satu perkataan yang diambil dari perkataan bahasa arab yang membawa erti dengki. Ramai orang yang menyamakan iri hati dan dengki. Padahal kedua-dua perkara ini berbeza. Iri ertinya cemburu melihat nikmat atau kelebihan yang diperoleh orang lain dan dia ingin seandainya dialah yang mendapatkan nikmat itu dan bukan orang lain. Sedangkan dengki pula adalah benci melihat nikmat yang diterima orang lain dan berusahasupaya nikmat itu hilang.

Natijah dari sifat dengki ini sekiranya tidak dibendung akan mendatangkan pelbagai kesan negatif sama ada kepada orang yang dengki itu ataupun mangsa orang dengki itu. Antaranya ialah apa yang saya telah disebutkan di awal tadi. Dan antara kesan yang dipetik dari al-Quran ialah

Sombong

Gara-gara dengki dengan nabi Adam menyebabkan iblis menjadi sombong sehingga menggagalkan dirinya untuk menuruti perintah Allah agar bersujud kepada nabi Adam sebagai penghormatan. Akibat dari kesombongannya itu maka saat itu terlucutlah segala kenikmatan yang dikecapi selama berada di dalam syurga dan tika itu juga iblis menjadi makhluk yang dilaknati oleh Allah dan diusir dari syurga. Firman Allah yang bermaksud

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud.

Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah."

Allah berfirman: "Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina".

Berbunuhan

Pertumpahan darah pertama yang berlaku di muka bumi dapat diketahui sebagaimana tercatat di dalam al-Quran melalui kisah Habil dan Qobil. Disebabkan dengkinya Qobil kepada Habil kerana Allah menerima kurban Habil dari kurbannya maka Qobil mengambil keputusan untuk membunuh saudaranya. Firman Allah yang bermaksud

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):

" Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa;"Demi sesungguhnya! Jika engkau hulurkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak sekali-kali akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang mentadbirkan sekalian alam;"

Sesungguhnya aku mahu supaya engkau kembali dengan (membawa) dosa (membunuhku) dan dosamu sendiri. Maka dengan itu menjadilah engkau dari ahli neraka, dan itulah dia balasan orang-orang yang zalim".

Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga ia tergamak) membunuh saudaranya, lalu ia membunuhnya. Oleh itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi. Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga ia tergamak) membunuh saudaranya, lalu ia membunuhnya. Oleh itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi. Kemudian Allah hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorek-ngorek di bumi supaya, diperlihatkan kepada (Qabil) bagaimana cara menimbus mayat saudaranya. (Qabil) berkata:

"Wahai celakanya aku! Alangkah lemah serta bodohnya aku, aku tidak tahu berbuat seperti burung gagak ini, supaya aku dapat menimbuskan mayat saudaraku?". Kerana itu menjadilah ia dari golongan orang-orang yang menyesal.

Dendam

(Ramai di antara mereka berkata): " Bunuhlah Yusuf atau buanglah dia ke suatu tempat yang jauh, supaya perhatian dan kasih sayang bapa kamu tertumpu kepada kamu semata-mata, dan supaya kamu sesudah itu menjadi orang-orang yang baik dan berguna".

Ini antara kalimat yang diucapkan oleh salah seorang saudara nabi Yusuf dek kerana dengki kerana nabi Yusuf lebih disayangi dan dicintai oleh bapa mereka Nabi Yaakub dari diri mereka sendiri. Dari sifat dengki itu maka timbullah rasa dendam terhadap nabi Yusuf sehingga mereka berpakat untuk melakukan perkara yang tidak baik terhadap nabi Yusuf. Kisah ini tercatat dalam surah Yusuf.

(Kisah itu bermula) ketika saudara-saudara Yusuf berkata (sesama sendiri): "Sesungguhnya Yusuf dan adiknya, lebih disayangi oleh bapa kita daripada kita, padahal kita ini satu kumpulan (yang ramai dan berguna). Sesungguhnya bapa kita adalah dalam keadaan tidak adil yang nyata." (Ramai di antara mereka berkata):

"Bunuhlah Yusuf atau buanglah dia ke suatu tempat yang jauh, supaya perhatian dan kasih sayang bapa kamu tertumpu kepada kamu semata-mata, dan supaya kamu sesudah itu menjadi orang-orang yang baik dan berguna".

Salah seorang di antara mereka berkata: "Janganlah kamu membunuh Yusuf, tetapi buanglah dia ke dalam pergi, supaya ia dipungut oleh sebahagian dari orang-orang musafir (yang lalu di situ), kalaulah kamu tetap hendak menjalankan rancangan kamu itu".

Ini antara perkara yang akan berlaku sekiranya kita terus membiarkan perasaan dengki itu menyubur dalam diri kita. Dan banyak lagi perkara-perkara yang tidak baik akan berlaku hasil dari sifat dengki. Oleh itu, jangan kita biarkan sifat dengki ini tumbuh segar dalam diri.

Andainya perasaan itu terbit maka removelah ia secepatnya dengan cara kita redho dengan setiap ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah kepada setiap makhluk-Nya. Sekiranya terbit juga perasaan dengki itu bermakna kita tidak redho denga apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Adakah kita layak untuk melakukan sedemikian rupa itu terhadap tuhan yang Maha Agung?

Dan ingatlah dengan sabda Nabi yang bermaksud :

"Sesungguhnya hasad dan dengki itu akan memakan amal-amal baik sebagaimana api memakan (menghanguskan) kayu bakar."

Allah merupakan pencipta kita dan dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk makhluk-makhluk-Nya. Oleh itu, redholah dengan semua yang telah Allah takdirkan untuk kita. Tidak perlu untuk kita hasad dengki dengan orang lain. Dan sudah pasti besar ganjarannya di sisi Allah andainya kita redho dengan segala ketentuan dan ketetapan tuhan yang Maha Esa insyaAllah.


## Harini Khamis malam Jumaat laa..Ok balik dulu ye..Sekian.

Wednesday, May 25, 2011

Terima atau Tidak..

Assalamualaikum!

Tinggal beberapa hari saja lagi untuk kawan-kawan seperjuanganku menggapai cita-cita mereka untuk menjadi seorang Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara..Selama hampir 2 tahun aku mencuba nasib untuk mendapat tempat di sektor awam dan alhamdulillah aku berjaya.Yee aku berjaya!!Alhamdulillah aku bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan ini Ya Allah..Sungguh ada benarnye kata-kata yang selalu kudengar.Rezeki orang yang mengikut sunnah Rasulullah S.A.W yakni berkahwin itu amat luas. Aku sendiri sudah melaluinya sejak awal pertunangan lagi dan Allah memberi rezeki yang tak terduga sampailah sekarang..Alhamdulillah terima kasih Ya Allah. Aku bersyukur atas nikmat kurniaanmu itu.

Tapi..sehingga sekarang aku tidak dapat membuat keputusan untuk menerima jawatan itu atas beberapa sebab yang memerlukan aku brfikir lebih dari seploh kali untuk menetapkan keputusan itu. Aku tahu tugas yang bakal dipikul itu sangat mencabar dan memerlukan komitmen yang tinggi tapi aku juga harus memikirkan perasaan suami dan keluarga dikedua-dua belah pihak.Jika aku menerima jawatan tu beerti aku harus menjalani kehidupan seperti pelajar dan terpaksa berjauhan dari mereka lebih2 lagi suami yang tercinta.Suamiku menyokong hasratku itu tapi dalam masa yang sama juga berat untuk melepaskan ku pergi ke sana. Walaupun jangkamasanya tidak lama namun disebalik raut wajah sayunya itu aku sudah dapat memahaminya. Aku hanya berserah pada Allah kerana Dia lah yang menentukan segalanya.Walau apapun keputusan yang akan dibuat aku tetap yakin ada hikmahnya dan bersyukur pada setiap rezeki-Nya.

وَعَسَى أنْ تَكْر هُوا شَيْئًا وَهُم خَيْرٌ لَكُمْ عَسَى أنْ تُحِبَّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرَّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Barangkali kamu membenci sesuatu sedangkan ia adalah baik buat kamu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu sedangkan ia adalah buruk buat kamu. ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.

Monday, May 23, 2011

Kita Bakorrr Je!!

Assalamualaikum..

Uish macam sentap aje bunyinye ye cik Kiah...
Hari ni aku nak share dengan korang semua cara nak buat macaroni cheese bakorr hahaha...
Aku suka mencari dan terus mencari resepi-resepi baru yang boleh aku praktikkan dalam hidup berkeluarga ni hehe..Sebagai seorang perempuan yang juga seorang isteri haruslah tahu dan pandai memasak untuk suami..Tak gitu cik Temah..
Memandangkan aku dan en suami sangat menyukai makanan yang mempunyai kandungan cheese yang tinggi tak kiralah
cheese kek ke,
macaroni cheese yang lemak berkrim cheese ke...
cheesebaked meatball ke ermmm slurrppp!!

Seemuaaa kami suka sebab kami sukeeeee...Ayat mintak pelempang!!
Jadi aku sukelah untuk menggodek blog resepi orang lain untuk kesenangan kami berdua..

Oklah cik Tijah..Mohle kita ke dapur ye..Bahan-bahannya ialah:

( Untuk 3 orang makan )

* 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
* 1 paket daging kisar
* 1 tin cendawan butang (dipotong nipis)
* 3 ekor sotong (dipotong nipis)
* 10 ekor udang (dibuang kulit)
* 1/2 paket macaroni (direbus)
* 6 biji telur
* sedikit garam
* minyak untuk menumis
* mayonis, cili sos, cheese mozarella (topping)
* Klik di sini untuk isi bahan

Cara-caranya:

1. tumis bawang putih hingga naik wangi
2. masukkan daging kisar, udang, sotong dan cendawan serta garam
3. masukkan macaroni yang telah direbus tadi dan kacau sekejap
4. tutup api. letak telur dan kacau rata
5. sapukan loyang dengan mentega dan letakkan macaroni yang telah di masak tadi di dalam loyang
6. taburkan cheese mozarella yang telah di sagat di permukaan macaroni tadi sehingga menutupi permukaannya.
7. letakkan mayonis dan cili sos di atas cheese tadi. bakar pada suhu 120 selama 45-60minit
8. siap untuk di makan.

# Haa pe kata korang semua..Ade berani untuk mencuba??
Berusahalah mencuba untuk memikat hati suami anda hehehe...Renung2kan dan selamat beramal....

Wednesday, May 18, 2011

HORNEYMOON IN NEW ZEALAND

Assalamualaikum W.B.T...

Hai semua..Lama tak jumpa korang kat laman ni..baidewei, terima kasihla banyak-banyak pada yang sudi singgah blog yang dah bersawang ni..

Hmm entri kali ni agak panas tapi sejuk di hati cewahhh..
Baru-baru ni kami berhornymoonberhoneymoon ke New Zealand selama 5 hari..Memang terbaik untuk berhoneymoon ok!Sungguh best tempat itu!!!ok enough..

Maaf ye korang..Perasaan dan hati ku ini masih lagi tertinggal di Taupo , NZ..Oh tak sanggup rasanya bila nak melangkah ke airport pada hari terakhir kami di sana..Pengalaman dan kenangan yang tak dapat kami lupakan sampai bila-bila..
Insyaallah jika dimurahkan rezeki kami akan menjejakkan kaki lagi ke sana..I wish!
Sebaik menjejakkan kaki di NZ, ini gambar pertama yang kami snap..

Ini tempat kami bermalam dan beradu dan err cukupla tu...








Pemandangan yang cukup indah..


Soping sebentar di Taupo town..

Ohh hubby..bilakah kita dapat pulang ke NZ lagi??

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu...Mak!

Assalamualaikum Mak!

Semalam aku telefon mak di kampung. Masa tu mak tengah melepak dengan jiran sebelah rumah, makcik Ma. Aku borak-borak kosong dengan mak tapi motif sebenarnya nak ucap selamat hari ibu. Walaupun aku anak perempuan paling rapat dengan mak tapi bila bab-bab macam ni aku jadi terkelu dan termalu nak cakap..

Hmm tak tahu nak mula macam mana tapi aku sengaja ajak mak borak-borak tanpa motif padahal dalam kepala ligat cari ayat yang terbest untuknya.

Aku: Blablabla....
Mak: Potpetpotpetpotpot...
Aku: emm..mak..selamat ari ibu...(aku senyum kambing sebab tak pandai nak wat ayat manis)
Mak: yelah mekasihla..mak ni bukan ibu yang cemerlang...
Aku: La nape mak cakap camtu pulak..Mak dah berjaya( wah berjaya gitu) besarkan seploh orang anak ..ngokla abang, wa..(aku le tu), wan..adik2 semuanye jadi orang gak.(aduss napela aku tak abiskan ayat tu jadi orang yang bergune ke, orang yang berjaya dalam hidup ke..sedapla sikit mak mendengornye..ni tak ayat tergantung yang tak best langsung huh..)
Mak: .....(diam.tapi aku tahu dia sedang menahan tangisan..aku paham sangat mak aku tu memang cepat tersentuh hatinye)
Mak lagi: yelah..mekasihla ra..Ipi dah sampai K.L ke lum? (ai tukor topik pulak mak aku ni.ipi tu adik aku.hmm tapi aku dapat detect ada serak basah di situ)
Aku: Dah tapi wa tak sempat jumpe die lagi..ngokla nanti blablablapotpet..
Aku lagi: hmm mak..wa sayang mak...(senyum dalam tangisan)
Mak: Aah yelah mak pon samela..Jaga diri ngan suami baik2..kirim salamla kat menantu mak tu..(mak gelak ceria)

Hmm rasa sedih sangat sebab ini kali pertama aku tak dapat nak sambut hari ibu dengan mak.Maklumlah masa bujang dulu bolehla belikan mak hadiah beg ke kasut ke pastu buat makan-makan sikit tapi bila dah berkahwin dan tinggal berjauhan dari mak..hanya telefon je yang mendekatkan kami TAPI hadiah tetap ku beli cuma mak kena bersabar sampai hujung bulan ni la ye hihihi...
mak yang cantik semulajadi..orang cakap muka aku seiras mak..motif?kuikuikui..

sesi bermanja dengan mak..I miss u mak..:"""""""""""(

tiba-tiba saya rasa nak tunjuk gambar keluarga pulak sebab saya jadi rindu pada mereka semua:""""""""""(

Ibu mertuaku pon sama jugak kesnya..Aku dan hubby bagi sms ucap selamat hari ibu punyelah panjang berjela tapi yang kami dapat ialah...k. itu aje jawapannya..hubby cakap ibu memang macam tu.bagila sms panjang macam ketapi pon die cuma akan balas dengan 1 huruf je hahaha..comel la ibu..
Yang bertudung pink tu ibu mertuaku(comel bukan), ditengah-tengah adik iparku dan yang bertudung oren err maaf..tak berpeluang mengenali dengan lebih dekat huhu..

Buat Mak dan Ibu mertuaku..walaupun mak dan ibu tak baca blog wa ni..Wa doakan semoga mak dan ibu dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang baik, dan dilindungi-Nya sentiasa. WA SAYANG MAK & IBU..

Tak lupa juga buat semua ibu-ibu dan bakal ibu tak kira siapa dan dimana anda berada...
SELAMAT HARI IBU!!!