Assalamualaikum..
#Diari Hati
24 June 2011.
Semalam abang ku yang sulung datang ke rumah kami ditemani isteri dan anaknya Andar( buah hati aku ni)..Happy yang teramat sangat sebab ni kali pertama die datang ke rumah kami di Puchong. Disebabkan aku pulang dari kerja agak lewat, tak sempat nak memasak jadi terpaksalah suamiku membeli makanan ekspres cap pasar malam untuk dinner kami..Meriah sungguh bila diorang ada lagi-lagi si kecik Andar tu yang semakin banyak mulut dan keletah ..
Seronok sangat bila darah daging sendiri datang melawat kami sekurang-kurangnya terubat rindu dekat mak abah dan adik-adik di kampung.Teringat pulak dekat abah..
Tak terlambat rasanya untuk ku ucapkan di sini Selamat Hari Bapa buat Abah, Abang dan Suami yang dikasihi dan dicintai selalu..Semoga kalian sentiasa dilindungi-Nya, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan bahagia di dunia dan akhirat kelak..
Amin..
Terima kasih juga buat abangku yang menghadiahkan kami sepasang baju raya yang cantik diimport dari Batam dan Jakarta itu..Dress itu juga cantik bangat dong mas..Insyaallah raya tahun ni kita semua akan berkumpul di kampung ala-ala reunion keluarga gitu.. Ahli keluarga pon dah bertambah mestilah seronok dan meriah raya tahun ni..Tak sabarnyaaa...Insyaallah tahun ni aku dapat pose penuh yeay!!hehe:P
Sekian.
I Pengantin want To Be The Best Wife..
I'Z..Kaulah Sinar Hidupku, Yang Melahirkan Cinta Di Dalam Jiwaku.. Jiwang Weyh..
Thursday, June 23, 2011
Thursday, June 16, 2011
Love Is In The Air
Assalamualaikum...
Hola semua..what's up dude?kabare?namaste?arigatoguzaimas....(betul ke aku eja nih?lantakler..)
Minggu ni minggu paling memenatkan bagi aku..serius paling tough dalam sejarah pekerjaan aku huhuu ..Dahla sorang staf yang pekerjaan nye related ngan task aku baru je benti kerja sebab dapat keje gomen, yang sorang lagi MC due minggu sebab kena demam campak..So aku dengan bermurah hatinya mengambil tempat dan kerja2 mereka yang bertimbun ditambah pula kerjaku yang segunung tu..aduhaiii sabar je la sabariah...
Hampir nak pengsan jugak dibuatnya tapi mengenangkan kandungan ku yang masih baru itu( Surprise!!!:P )ku gagahkan jugak diri ni dan alhamdulillah semuanye hampir beres..Yeay aku bangga ok!!hahaha...Yelah, walaumacammanapun dugaan kita mesti hadapinye dengan sabar dan muhasabah diri ye dok..Sambil2 tu bolehlah diamalkan doa ni...
Alhamdulillah..Bersyukur sangat sebab di awal kandungan aku takde sebarang masalah mabuk ke morning sickness ( sama ke?) cume terasa badan cepat penat dan nafsu makan pon boleh tahan hehehe...Cume di saat genting nak ngadap kerja setimbun itu buat aku jadi penat yang amat jadi terpaksalah aku ponteng memasak untuk hubbyku(kadang-kadang jela:P)
Bersyukur jugak sebab hubby ku sangatlah memahami keadaanku sekarang..Segala keperluan ku dia yang sediakan sampaikan sanggup dia bersusah payah memasak makan malam untuk kami semalam..Kesian suamiku itu tapi die rela begitu hehe...Hilang penat lelahku bile balik rumah dan mengadap wajah kesayangan hamba itu..Gue bangga sama kamu mas..i heart u soo much la yang...:)Tetibe aku rasa nak nyanyi lagu seperti tajuk di atas:P
Love is in the air
Everywhere I look around
Love is in the air
Every sight and every sound
Petang ni aku akan cube pulang setepat jam 6 sebab aku nak sampai rumah awal so boleh tengok cite ''NORA ELENA''!!Maklumlah rini last episod so takkan kulepaskan peluang itu..heheh..
Caucincau...

Tuesday, June 7, 2011
Sharing is Caring...
Assalamualaikum..
Wahhh happynye bila album gambar perkahwinan di kedua2 blah pihak dah dapat..paling mengembangkan hati bila kedua-dua album sangat cantik dan memuaskan hati..Huh tak sia-sia amik fotografer yang mukenye ala-ala faizal tahir( sejibik ok)..Hasil kerja die sangat kreatif dan menarik..Thumbs Up untuk abg Paien Omar(boleh search name die ni kat fesbuk)
Kat sini nak share sikit gambar dari abg Paien. Buat sesiapa yang bakal berkahwin dan merancang untuk berkahwin bolehla mengopi idea dari hiasan pelamin , bilik dan meja makan ni ye...Aku amik pakej Ani Sulamas di Pekan..Hasilnye memang puas hati la..
hiasan pelamin hasil dari idea aku + mak andam..
I like peach color..memang terserlah ke'peach'an meja beradab ku hehe...
Suke hiasan bilik ni memang citarasa aku..Simple but sweet:)
Orang kuatku sebelum, semasa dan selepas majlis.Abang n kakak iparku yang memang terbaik di dunia...
So sesiapa yang brminat dengan hiasan macam tu boleh dijadikan contoh atau idea untuk korang punye majlis nanti..
ok caucincau...

Wednesday, June 1, 2011
Bagaimana Menjadi Isteri Yang Selalu Dicintai Suami
Kebanyakan isteri beranggapan bahwa mereka berhak atas cinta suaminya. Anggapan ini tidak sepenuhnya salah, kerana memang salah satu syarat tegaknya sebuah rumah tangga bahagia adalah adanya cinta antara suami isteri. Tetapi patut direnungkan, bahwa cinta tidak datang dengan sendirinya, dan ketika ia hadir, tidak ada yang dapat menjamin ia akan menetap selamanya. Apa ertinya ini? Ertinya adalah bahawa cinta memerlukan usaha! Jika ingin suami selalu cinta kepada Anda, Anda tidak boleh hanya diam dan berkata, "Ya, dia kan suami saya, tentu dia mencintai saya! Kalau tidak, mengapa dia memilih saya untuk jadi isterinya?"
Bahawa suami mencintai Anda karena Anda adalah isterinya memang betul, tetapi apakah Anda yakin cintanya selalu ada dan terus ada selamanya? Banyak perempuan yang tidak merasa yakin, setelah menjalani kehidupan rumah tangganya sekian tahun, apakah suami saya masih mencintai saya seperti dulu? Kerana itu, berusahalah membuat suami Anda selalu cinta, bahkan dari hari ke hari semakin bertambah cinta kepada Anda!
Sebelum membicarakan cara membuat suami selalu cinta, ada satu hal yang menjadi inti persoalan dan tidak boleh dilupakan, iaitu bahawa cinta adalah anugerah yang diberikan Allah kepada hamba-hambaNya, dan inilah yang disebut cinta yang hakiki atau cinta sejati. Allah-lah pemilik cinta, Allah-lah yang menjadikan cinta antara suami-isteri.
"Dan diantara ayat-ayatNya adalah diciptakanNya untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri agar kamu merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa cinta dan kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir." (QS Ar-Ruum:21).
Karena itu, diatas segala-galanya, seorang isteri yang ingin selalu dicintai suaminya hendaknya menyedari bahwa cara yang paling penting dan berkesan untuk meraih cinta itu adalah dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Bagaimana caranya? Yaitu dengan berusaha sekuat tenaga untuk mentaati dan menjalankan perintahNya serta menjauhi laranganNya. Dengan kata lain, dengan cara berusaha menjadi seorang muslimah shalihah.
SUAMI PASTI MENYINTAI ANDA JIKA ANDA :
Berusaha dengan tulus dan ikhlas 'menyerahkan hidupnya' untuk berbakti kepada suami sambil berharap pahala Allah. Potensi yang dimilikinya, kedudukannya di masyarakat dan kesibukannya beraktiviti diluar rumah (yang berkejaya) tidak membuat dirinya terlena dan lupa bahwa ia memiliki peluang meraih syurga Allah dengan berbakti kepada suaminya.
"Apabila seorang perempuan menunaikan shalat, puasa, memelihara kemaluannya dan berbakti, mentaati suaminya, dia akan masuk syurga." (HR al-Bazzar).
Isteri seperti ini memiliki nilai yang tinggi di mata suaminya dan akan selalu dicintai suaminya.
Berusaha untuk menjadi perempuan yang bersahaja dalam nafkah. Tidak banyak menuntut, menerima dengan rasa syukur betapapun sedikitnya pemberian suami, dan tidak berlebihan dalam membelanjakan nafkah yang diberikan suami. Bila Anda selalu bersikap seperti ini, cinta suami akan selalu tercurah untuk Anda.
Sederhana dalam penampilan. Sebuah penelitian menyebutkan bahwa umumnya laki-laki tidak menyukai perempuan yang berpenampilan dengan wajah yang penuh hiasan tebal, sebaliknya kesederhanaan lebih menarik bagi mereka karena menurut mereka lebih memancarkan kecantikan perempuan. Kenali kecenderungan suami Anda, apakah ia menyukai penampilan yang mewah atau yang sederhana? Kemudian setiap kali bersamanya, sesuaikan penampilan Anda dengan kecenderungannya itu.
"Sebaik-baik perempuan adalah yang menyenangkanmu (suami) bila engkau memandangnya, mentaatimu bila engkau perintahkan dan menjaga dirinya dan hartamu bila engkau tidak di rumah" (HR Thabrani).
Berusaha untuk selalu sabar dan tidak menyakiti hati suami. Adanya perselisihan atau perbezaan pendapat diantara suami isteri kadang-kala terjadinya pertengkaran kecil atau besar. Bila Anda menghadapi keadaan ini, ingatlah, Anda sedang berhadapan dengan seseorang yang Allah berikan kepadanya hak yang sangat besar atas diri Anda. Seorang perempuan belum dianggap menunaikan hak Tuhannya sehingga ia menunaikan hak suaminya.
Karena itu apapun yang bergejolak dihati Anda, berusahalah untuk tetap sabar dan menahan diri untuk tidak menyakiti hati suami Anda.
"Tidaklah seorang perempuan menyakiti hati suaminya di dunia, melainkan bidadari calon isterinya (di akhirat) berkata, "Janganlah engkau sakiti dia, Allah membencimu. Sesungguhnya dia disisimu hanya sementara waktu, dan akan berpisah darimu untuk berkumpul dengan kami." (HR Ahmad).
Percayalah, isteri yang mampu bersikap seperti ini akan selalu dicintai suaminya.
Dapat mendampingi suami dalam suka dan duka. Roda kehidupan selalu berputar, kadang-kala manusia mengalami saat-saat yang menggembirakan dimana kehidupan berjalan sesuai dengan harapan. Adakalanya manusia mengalami hal yang sebaliknya. Apapun keadaan yang dialami suami Anda, berusahalah menjadi pendampingnya yang setia. Disaat suka menjadi pengingat agar suami tidak terlena, disaat duka menjadi pelipur lara.
Berusaha untuk menjadi rakan yang menyenangkan di kamar tidur. Banyak perempuan masih merasa malu untuk bersikap agresif meskipun kepada suaminya sendiri. Ini karena adanya anggapan bahwa perempuan yang agresif dianggap murahan dan tidak terhormat. Tentu saja anggapan ini tidak berlaku untuk seorang isteri yang agresif kepada suaminya sendiri. Belajarlah cara dan teknik menyenangkan suami di tempat tidur dan Anda akan mendapati suami selalu melimpahkan cintanya untuk Anda!
fikir-fikir kan

Tuesday, May 31, 2011
Penantian Itu Satu Keindahan
Assalamualaikum..
Banyak orang cakap penantian itu satu penyiksaan tapi aku tak rasa lak macam tu.Bile dikenang-kenang balik zaman bercinta dulu yang penuh dengan penantian selama 6 tahun lebih( Lama tu beb sampai dah tak hingat bape kali aku potong rambut ni..Ade mak kesah!! hahah) Selama tu jugalah kami menyulam cinta secara jarak jauh dengan penuh tekun dan sabar lagi yakin dengan kesetiaan masing-masing dan Alhamdulillah penantian itu berakhir dan inilah hasilnya.....
Syahdunya perasaan saat diijabkabulkan..Menitis-nitis air mata kesyukuran dan kebahagiaan ewahhh...
Dalam masa hampir tujuh tahun yang mungkin agak lama pada pendengaran sesetengah orang, kami terasa macam baru bercinta sebab baru sekarang dapat merasa keindahan alam percintaan yang sebenar..Percintaan selepas berkahwin sangat indah sampaikan hubby ku sendiri mengakui tujuh tahun itu hanya pada angka tapi rasa macam baru mula nak mengorat je ahahahaha..Cumel sungguh suamiku yang ensem..(eh biarlah ape pandangan orang lain tapi aku suke puji beliau ensem )Terbalas setiap pengorbanan dan penantian kami itu dengan kenikmatan yang dikurniakan oleh Allah dan semoga ianya berkekalan sampai akhir hayat kami.
Begitu juga dengan penantian dalam pekerjaan yang sekian lama kuidam2kan sejak abis diploma lagi hinggalah 2 kali aku bertukar kerja dan tempat kerja, aku sanggup bersusah payah semata-mata ingin mendapatkan pekerjaan di gomen sebagai Penolong pegawai kawalan trafik udara.Walaupon jawatan itu tak seGAH Pegawai Tadbir Diplomat atau Menteri Kerjaraya(GAH ke??), tapi aku bersyukur kerana usahaku terbalas jua setelah terpilih untuk jawatan tu. Walaubagaimanapon,, apa yang membuatkan aku lebih bersyukur ialah Tuhan memberiku kenikmatan yang lebih besar dari itu iaitu suamiku dan aku dengan lapang hatinye telah melepaskan peluang untuk menjadi asst.ATC dan memilih suami yang dicintai..
''Weh..ruginye kau tolak keje gomen..''
''Sayangnye..Bukan senang nak dapat masuk gomen tau..''
''Ko tak suke ke dapat benefit gomen nanti kalo bersalin dapat cuti 3 bulan wooo...''(hakupedulikhape)
Kata-kata orang-orangan itu sedikit pon tak menggugat keputusanku sebaliknya aku bertambah yakin lagi2 bile dengor suara Jamal Abdillah kat radio Sinar.
"Azura..tempat seorang isteri adalah di sisi suami kerana di situlah syurgamu"(wahhh feeling gitu tetibe die sebut nama aku wahahahaha)
Tapi yang sebenarnye, Dia-lah yang menggerakkan hatiku untuk setiap keputusan yang aku buat kerana aku hanya merancang namun Dia-lah yang menetukan segalanya.
Aku bahagia dengan keputusan itu.
Dan jika diizinkan Allah, kami sekarang menunggu satu lagi nikmat yang tak ternilai harganya dari Allah dan semoga doa kami diperkenankan oleh-Nya..Insyaallah..
Terima kasih sayang atas segalanya...
Terima kasih Ya Allah atas segala kurniaan-Mu..

Subscribe to:
Posts (Atom)